Pengembaraan USIM GISO

/Pengembaraan USIM GISO
Pengembaraan USIM GISO 2022-04-04T13:57:57+00:00

PENGEMBARAAN USIM GISO

GLOBAL ISLAMIC STUDENTS OUTREACH (GISO)


Pengembaraan USIM GISO ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan membuka ruang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti libatsama masyarakat ke serata dunia terutamanya di negara membangun.

Sepanjang lapan (9) tahun penganjurannya dari tahun 2011 hingga tahun 2020, sejumlah 452 pengembaraan dengan penglibatan 10301 pelajar telah dilaksanakan meliputi 31 buah negara termasuklah Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos, Timor Leste, China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Australia, New Zealand, Sri Lanka, India, Mauritius, Maldives, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Lubnan, Maghribi, Krygyztan, Madagascar, Austria, Republik Czech, Croatia, Bosnia Herzegovina, Jordan dan Poland.

Kos keseluruhan pelaksanaan pengembaraan ini sepanjang tempoh tersebut adalah sejumlah RM19,419,610.73 dengan RM2,028,503.00 (10.4%) ditampung melalui sumbangan USIM manakala selebihnya diusahakan oleh pelajar melalui tabungan (pelajar mendeposit sejumlah RM450.00 atau RM75.00 setiap semester selama enam (6) semester) dan penjanaan dari aktiviti keusahawanan.

Pada tahun 2019 sahaja, sejumlah 117 Pengembaraan USIM GISO telah dilaksanakan dengan melibatkan 2,789 pelajar di 22 buah negara namun pada tahun 2020 hanya 19 pengembaraan dapat dilaksanakan berikutan penularan virus COVID19 diseluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan dibuat di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020.

BACA SELANJUTNYA

BUKU FOTO GISO

CARTA PENGEMBARAAN GISO 2011-2018

Program Bulanan BHEP

« Mei 2022 » loading...
I S R K J S A
25
26
27
28
29
30
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
1
2
3
4
5