Kata Aluan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadarat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat merakamkan sepatah dua kata dalam laman web ini. Saya dan viagra generic no prescription semua warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengalu-alukan kunjungan tuan/puan ke laman web rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Falsafah Pendidikan Negara telah menetapkan matlamat utama pendidikan negara iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Sehubungan itu, USIM sentiasa berusaha dalam melahirkan graduan yang holistik dan seimbang dari segi rohani dan jasmasni, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Graduan yang holistik dan berdaya gaji tinggi dapat membantu meningkatkan taraf kedudukan Malaysia di mata dunia.

Bagi melahirkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi, setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran komunikasi, kemahiran keusahawanan, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah serta pemikiran kreatif. Semua kemahiran ini dikira sebagai nilai tambah dalam diri seorang pelajar bagi memastikan kebolehpasaran apabila bergraduat kelak.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pelajar dapat menggunakan kesempatan waktu berada di USIM untuk menimba ilmu dan cialis best prices community kemahiran-kemahiran  tambahan yang tidak dapat diperolehi dalam sesi pengkuliahan. Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa bersedia membantu pelajar yang menghadapi sebarang masalah atau memerlukan apa-apa  bantuan. Manfaatkan input dan maklumat yang boleh didapati dalam laman web ini sebagai rujukan dan sumber maklumat yang terkini dalam membantu anda sepanjang berada di Universiti Sains Islam Malaysia.

Sekian terima kasih.

 

Nasrul Hakim Bin Ahmad
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 6157/6158/6159, Faks: +606-798 6155