Latar Belakang

Pengambilan pertama pelajar seramai 255 orang pelajar pada sesi 2000/2001 USIM mewujudkan perkhidmatan USIM. Pada sesi tersebut juga, kewujudan Bahagian ini menjadi lebih signifikan sebagai organisasi yang menguruskan hal ehwal kemahasiswaan. Bermula dengan seorang Penolong Pendaftar dan kemudiannya beberapa orang kakitangan sokongan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mula memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar.  Kemudiannya, diterajui oleh seorang Timbalan Pendaftar ketika beroperasi di Kampus Sementara Pertama di Bangunan Institut Profesional Baitulmal (IPB), Kampung Pandan sehinggalah berpindah ke Kampus Sementara Kedua di Menara A, Pandan Indah.

Pada sesi 2001/2002, pentadbiran USIM diperkukuhkan dengan kemasukan kakitangan baru yang terdiri daripada Timbalan Pendaftar, dua orang Kaunselor, seorang Pengawai Belia & Sukan, Penolong Pengurus Asrama serta 5 orang kakitangan sokongan. Empat buah unit sokongan telah ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti pelajar dan program bimbingan iaitu Unit Kaunseling & Pembangunan Sahsiah, Unit Pengurusan Asrama, Unit Sukan & Rekreasi dan Unit Perhubungan & Kebudayaan.  Pada 1 Februari 2002, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima seorang Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP & Pembangunan) yang bertanggungjawab ke atas urusan kemahasiswaan dan pembangunan sahsiah pelajar untuk melahirkan insan berilmu melalui aliran pendidikan USIM.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 6157/6158/6159, Faks: +606-798 6155